Majlis Penganugerahan Pingat Pengakap Sabah
Profile picture for user Amir Hamzah Aman_1
Malaysia

Majlis Penganugerahan Pingat Pengakap Sabah

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan majlis Hari Pengakap Sabah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Chong pada 29 Nov 2016. Dalam majlis tersebut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah telah berkenan bagi pihak Ketua Pengakap Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyampaikan pingat kepada para penerima. Dalam majlis tersebut yang dihadiri lebih kurang 150 jemputan telah menyaksikan penganugerahan pingat tersebut. Pingat-pingat yang diberikan ialah Pingat Sambutan 100 tahun Pengakap Sabah, Pingat Anugerah Ketua Pengakap Sabah dan Pingat Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah. Antara penerima yang hadir ialah Mr. Rasheed dari WOSM, Mantan Ketua Pesuruhjaya Negara, Dato' Khairuddin Momin dan lain-lain lagi. Majlis tersebut telah berjalan lanacar dengan persembahan koir daripada Pengakap Sabah. Para penerima berasa teruja kerana Pengakap Cawangan Sabah menghargai usaha dan jasa mereka selama ini
Number of participants
150
Service hours
600
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share