MAJLIS IFTAR RAMADHAN PENGAKAP LABUAN
LABUAN, 15 Jun – yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Dato’ Sri Mohd Alias Bin A. Rahman menghadiri majlis berbuka puasa di Sekolah Kebangsaan Pekan 2,WP Labuan di sini semalam.
Kira-kira 30 pemimpin pengakap dari seluruh kumpulan hadir pada majlis yang dikenali Iftar Ramadhan Pengakap Labuan itu.
Antara yang hadir termasuk Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Encik Raisin bin Saidin, Penaung BP Guild WP Labuan Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Dua Awgku Damit @Ak Chuchu Pengiran Mohd Yassin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Encik Jaafar Bin Matusin.
Selain itu, Pengetua SMK Labuan Encik Ismail Abdullah, Pengetua SMK Pantai Encik Sahar Bin Misron dan Penolong-penolong ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri turut hadir.
Sebelum berbuka puasa, majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Muhammad Azhan b. Ab Ghani.
Alias dan Raisin bersama tetamu kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah di Surau Musalla An-Nadwah Sekolah Kebangsaan Pekan Dua.