Majlis Iftar bersama Anak Yatim 2019
Pada 19 Mei 2019 yang lalu, telah diadakan majlis berbuka puasa pengakap kelana daerah kinta bersama dengan anak yatim di simpang pulai, Perak. Seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli pemimpin pengakap, pengakap kelana, staf dan anak-anak yatim baitulaini.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan anak yatim dan seterusnya memberi sumbangan duit raya kepada mereka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Tuan Mohd Zamri Ismail.