
``Light Buzzing’’ Kampung Selai Bekok, Hutan Simpan Endau-Rompin
``Light Buzzing’’ merupakan sebuah projek yang dapat meningkatkan sumber elektrik dengan menggunakan sistem panel solar di Kampung Selai Bekok, Hutan Simpan Endau-Rompin Johor. Tujuan utama kami membuat projek ini adalah membantu penduduk di Kampung Selai Bekok yang mengalami kekurangan sumber tenaga elektrik/bekalan elektrik.
Selain itu, masyarakat di kampung tersebut bergantung kepada sedikit bekalan elektrik mengakibatkan mereka terhad untuk melakukan aktiviti pada waktu malam. Projek ini telah dibahagikan kepada dua pasukan yang dinamakan sebagai "ARISING TURTLES" dan "AWAKEN TURTLES". Kedua-dua pasukan ini dibahagikan berdasarkan tempat yang berlainan iaitu di sepanjang jalan kampung dan di Jeti Kampung Peta. Bahkan, setiap ahli pasukan memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan aktiviti projek ini. Misalnya, meninjau kawasan yang sesuai untuk pemasangan panel solar, penggalian lubang tiang lampu solar, kerja-kerja bancuhan simen pada paip kaki utama yang nisbah digunakan untuk menanam tiang tersebut adalah 4: 2: 1 (pasir, simen dan batu) serta memasang set lampu panel solar "Light Buzzing" dan sebagainya. Seterusnya, kami mengadakan sesi meninjau kawasan kampung tersebut pada waktu malam untuk melihat samaada solar panel yang dipasang pada waktu siang ianya bernyala ataupun sebaliknya. Maka, satu diskusi berkenaan projek ini dijalankan di mana ianya perbincangan mengenai keberhasilan projek ``Light Buzzing’’ terhadap penduduk Kampung Selai Bekok, Hutan Simpan Endau-Rompin. Pada akhir projek ini, kami dapat memperkenalkan cara alternatif untuk menggunakan elektrik dengan lebih bijak di kampung tersebut dengan menggunakan solar serta memaksimumkan bekalan cahaya di sekitarnya dengan menggunakan cahaya matahari pada waktu malam.