Let’s Go to Kuala Lumpur
Pada tarikh 3 Ogos 2018, semua ahli SWA telah berjumpa Tuan Amir bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai projek yang bakal kami lakukan di Kampung Orang Asli PETA, Ulu Endau Mersing Johor. Kami pergi ke sana menaikki van pada malam 2 Ogos 2018. Kami tiba di Kuala Lumpur agak awal dimana sekitar jam 3:00 pagi. Sebelum berjumpa Tuan Amir, kami semua berbincang mengenai projek ini di Perpustakaan Negara. Di sana banyak input yang kami dapat olah dengan pelbagai idea dari setiap ahli SWA yang datang. Tajuk projek kami pada kali ini adalah Light Buzzing. Di mana kita masih menggunakan solar tetapi bentuk fizikalnya yang agak berlainan. Ciri berlainan itu bermaksud dari segi saiz dan kecerahan lampu itu sendiri nanti. Pada jam 1:30 kami bertolak ke destinasi dimana Tuan Amir mengajar. Setibanya kami di sana, kami berbincang serba sedikit mengenai proposal dan aktiviti yang akan kami lakukan di sana. Terdapat beberapa isi yang perlu ditambah baik dan kami juga bersetuju dengannya.
Berikut, Tuan Amir juga turut memberi keterangan mengenai scout.org dengan lebih terperinci. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami tentang banyak perkara yang patut kami lakukan sehingga dapat menjalankan projek Light Buzzing ini dengan sempurna. Perjumpaan kami bersama Tuan Amir tamat pada sekitar jam 5:00 petang. Selepas perjumpaan itu selesai, kami rasa lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh ingin menjayakan projek ini.