Let’s Buy All The Things Needed
team pengurusan telah pergi membeli barangan makanan di mana untuk mengisi perut yang lapar sepanjang keberadaan kami di Kampung Vietnam, Bidong itu nanti. Namun, tidak semua barangan yang akan kami sediakan malah selebihnya pihak UTHM akan beli juga untuk di bawa ke sana. Banyak barangan yang perlu dibeli sehingga memakan masa dalam dua hari untuk menyelesaikan semua isu perbelanjaan ini. hal ini berikutan kerana kami harus menyelesaikan barangan kering terlebih dahulu sebelum membeli barangan basah seperti ayam dan lain lain. selain daripada itu, kami juga terpaksa pergi lebih daripada satu tempat untuk memastikan kami dapat memilih barangan yang lebih murah dan berkualiti. BArangan yang harus dibeli untuk dibawa ke sana adalah banyak kerana tinggal di sana selama 3 hari .
Bukan hanya di mydin, malah di setiap tempat seperti sabasun, seng hemg. Hock kee seng, happy home dan banyak lagi. Ini semua membuahkan hasil, kerana kami dapat menjimatkan serba sedikit isu kewangan dan berjaya membeli barangan yang dikehendaki. Malah, banyak pengalaman yang dapat kami semua peroleh. Antara pengalaman yang menarik bagi saya adalah apabila, membeli biskut timbang dimana kami tidak boleh membeli sekali dengan tin tetapi hanya mampu menganggar sebanyak mana biskut yang akan dibeli serta dibawa untuk dimakan di Kampung Vietnam, Bidong kelak. selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa barangan basah seperti ayam dan ikan lebih murah dibeli di kedai biasa berbanding pasaraya seperti mydin.