
Let peace begin with me
Peace (MoP) telah dianjurkan di IPGKBA dan kursus ini dijalankan oleh Tuan Amir Hamzah pada 21 – 23 November 2019 selama 3 hari 2 malam. Terdapat sebanyak 36 peserta ahli pengakap dari pelbagai IPG menyertai kursus Messenger of Peace (MoP) ini.
Kita dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri sendiri. Sesi ini dijalankan dengan beberapa aktiviti supaya kita dapat mengenal rakan-rakan yang baru dan mengeratkan hubungan kita semua. Antara aktiviti yang dijalankan ialah “Angin IPGBA akan bertiup” dan “Duduk Kiri Kanan”. Melalui aktiviti ini, kita dapat mewujudkan suasana yang aktif, menyeronokkan dan menghindari perasaan segan secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Tuan Amir Hamzah bin Aman telah memperkenalkan Messenger of Peace kepada kita semua dan menerangkan logo Messenger of Peace serta memberi contoh projek yang kita boleh laksanakan supaya kita mempunyai gambaran mengenai projek MoP ini. Pada waktu malam, Tuan Amir telah menunjukkan cara pendaftaran pada laman web WOSM (www.scout.org). Beliau juga menjelaskan cara menulis laporan projek dan cara muatnaik kepada akaun sendiri. Penulisan kandungan laporan mesti mengandungi konsep 5W dan 1H (what, where, which, where, who dan how).
Selain itu, kita juga telah menjalankan aktiviti yang bermakna ini iaitu Networking. aktiviti merupakan aktiviti yang baharu kepada saya kerana ini adalah kali pertama saya didedahkan kepada aktiviti seperti ini. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan komunikasi bersama ahli kumpulan masing-masing agar bola tenis tersebut dapat ditegakkan di tengah network. Setiap kumpulan akan mengatasi pelbagai halangan semasa proses aktiviti ini. Oleh itu, setiap ahli kumpulan perlu bertoleransi dan berkomunikasi dengan ahlinya dengan baik. Aktiviti ini membawa maksud bahawa kerjasama dan komukasi amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa sokongan dan bantuan daripada rakan, kita sukar menjalankan sesuatu dengan baik.
Selepas tamat kursus ini, saya telah berlayak menjadi seorang koordinator MoP. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menyebarkan mesej MoP kepada rakan saya. Saya juga memberi cabaran kepada diri sendiri untuk menganjurkan satu program untuk IPG saya sendiri iaitu Larian Keamanan 2019. Pendek kata saya, tujuan kursus adalah untuk mengenali MoP, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mengenai MoP dan mengenalpasti skop bagi mengukuhkan hubungan Pengakap dan masyarakat. Tambahan pula, kursus ini diadakan adalah untuk mengenalpasti peranan dan tanggungjawab koordinator MoP dan menyediakan pelan tindakan MoP bagi jangka masa 2 tahun.