lencana perkhidmatan

lencana perkhidmatan

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.

 

1. Menyelamatan Nyawa 

Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut.

 

a. Pertolongan Cemas 

Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.

 

b. Pemadam Api 

Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

c. Penyelamat Nyawa 

Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)

 

Perkhidmatan Masyarakat

Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.

Started Ended
Number of participants
121
Service hours
1452
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share