
LATIHAN RAWATAN KECEMASAN DI BAWAH PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN BSMM USM
KLKM USM dengan kerjasama BSMM USM telah mengadakan bengkel ringkas mengenai CPR dan pertolongan cemas yang perlu diberikan dalam situasi tertentu. Perjumpaan tersebut mengandungi isi yang penting seperti penerangan mengenai CPR iaitu Cardio Pulmonary Rescue dan tatacara menyelamatkan mangsa yang telah tiada denyutan nadi serta pernafasan. Melalui program ini, ahli KLKM USM dapat memahami bahawa tindakan dan pemikiran yang tepat dan pantas diperlukan dalam mengambil tindakan yang betul, pantas dan tepat dalam menyelamatkan nyawa mangsa.