Larian Keamanan di IPG Kampus Raja Melewar

Larian Keamanan di IPG Kampus Raja Melewar

Pada 21 September lepas, telah berlangsung Larian Keamanan bersempena Hari Keamanan Sedunia bertempat di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 335 orang pelajar yang terlibat dalam larian ini termasuklah pelajar daripada IPG Kampus Antarabangsa, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Ipoh.

Pada hari perlumbaan, para peserta larian diminta untuk mendaftarkan diri masing-masing di bawah khemah yang disediakan. Majlis pengambilan nombor bib dan t-shirt berjalan secara lancar di padang astaka pada hari Sabtu. Pihak penganjur juga mengedarkan air kepada para peserta larian. Majlis dimulakan dengan aktiviti 'warming up' dan senamrobik diselangi oleh ucapan perasmian oleh Menteri Pengangkutan, Anthony loke Siew Fook serta wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Perlumbaan dimulakan di belakang astaka secara berperingkat dengan didahului oleh peserta lelaki dan diikuti oleh peserta perempuan dan yang terakhir, peserta yang terdiri daripada para pensyarah. Jarak larian bagi peserta lelaki adalah 7 KM manakala bagi peserta perempuan pula adalah 5KM. Para peserta menyelusuri jalan di kawasan perumahan di sekitar IPG Kampus Raja Melewar. Jalan yang agak berbukit tidak sedikit pun menggoyahkan semangat para peserta untuk menamatkan larian itu.

Di pertengahan jalan bagi peserta perempuan, terdapat satu 'checkpoint' yang mana kami perlu mengambil satu gelang getah bagi menandakan bahawa kami telah pun melalui kawasan tersebut. Para peserta perlu berlari memasuki kawasan IPG Kampus Raja Melewar semula untuk ke garis penamat di padang astaka.

Larian tamat di padang astaka IPG Kampus Raja Melewar. Para peserta dijamu dengan makan tengahari. Para peserta seperti biasa menggamatkan suasana di kawasan penamat dengan gelak ketawa dan mengambil peluang bergambar bersama-sama. Beberapa pelari daripada IPG Kampus Pendidikan Islam juga turut berjaya menggegarkan IPG Kampus Raja Melewar  dengan berjaya menempatkan diri masing-masing di podium. Tahniah.

Secara keseluruhannya, diharapkan dengan berjaya program Larian Keamanan ini dapat memberi pelbagai pengalaman kepada para peserta untuk digunakan pada masa hadapan kelak. Program ini juga berjaya meningkatkan ketahanan mental dan fizikal dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Natijahnya, saya berharap program sebegini rupa dapat dijalankan lagi pada tahun yang akan datang.

Number of participants
335
Service hours
2010
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share