
LAHIRKAN KOORDINATOR MOP DI LABUAN
Pada 28 sehingga 29 April 2018 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan satu Kursus Koordinator Mesenggers Of Peace (Mop) yang bertempat di Sekolah Antarabangsa Labuan ( LIS ). Seramai 24 pemimpin pengakap telah menghadiri kursus ini yang dijalankan seawal jam 0800 dan berakhir jam 2300.
Kursus ini telah disampaikan oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman dan Tuan Adha Bin Fikris serta dibantu oleh Cik Yee Ting yang didatangkan khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia sebagai penceramah kursus.
Kursus ini menekankan tentang kepentingan menjaga dan memelihara keamanan di kalangan ahli pengakap itu sendiri, serta menyebarkan masej keamanan kepada masyarakat setempat dan dunia berkenaan kepentingan keamanan. Pelbagai pengisian di sepanjang kursus ini dijalankan antaranya ialah sessi suai kenal, pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik projek di dalan scout.org dan facebook MoP, Gerak kerja berpangkalan, Pengurusan Mop di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta & Harta intelek MoP, Cara-cara penyediaan dan pembentangan Kertas Kerja Projek yang berkualiti dan akhir sekali Pelan Tindakan dan Aku Janji MoP. Selain daripada itu juga kursus ini mengalakkan ahli pengakap untuk mendaftarkan diri dan melaporkan setiap aktiviti kepengakapan mereka di dalam scout.org sebagai bukti yang seseorang ahli pengakap itu telah menjalankan aktiviti itu.
Disepanjang kursus ini peserta didedahkan dengan pelbagai pencapaian/anugerah yang boleh dicapai oleh ahli pengakap antaranya iaitu Scouts of the World Award Progrem (SWAP), World Scout Enviromental Progrem (WSEP) dan Scout Solar Project.
Pelbagai aktiviti dan jenis permainan, tepukan dan lagu-lagu Mop telah dipelajari termasuklan Tarian MoP versi Malaysia. Uniknyatarian ini mengabungkan elemen tarian Joget dan Inang yang popular di Malaysia.Tarian MoP ditarikan oleh semua ahli pengakap di seluruh dunia bagi menyampaikan masej keamanan sejagat.
Diakhir kursus ini penceramah berharap peserta kursus dapat mengalakkan ahli pengakap Labuan mendaftarkan keahlian dan memuat naik laporan projek di dalam scout.org/WOSM serta menyebarkan masej keamanan kepada masyarakat di seluruh Pulau Labuan khususnya dan di Malaysia amnya.
Majlis Perasmian dan Penutup kursus telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri W.P Labuan. Dalam majlis penutup ini Dato' Seri Mohd Alias menyatakan komitmen ahli MoP W.P Labuan akan membantu Persekutuan Pengakap Malaysia dalam mendaftarkan ahli dan memuat naik semua projek kepengakapan yang telah dijalankan di Labuan ke dalam scout.org sekaligus meningkatkan jumlah Jam Perkhidmatan.
Peserta juga kursus telah dianugerahkan Lencana MoP, Skarf MoP dan Sijil Pengikhtirafan Koordinator yang disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman dan Dr. Amir Hamzah Bin Aman serta para tetamu jemputan.