
Kutipan Dana Projek
Melaksanakan skop kerja pasukan penajaan iaitu mewujudkan aktiviti untuk mendapatkan dana bagi projek ini dengan menganjurkan dan mengumpul dana berkonsepkan kutipan derma/sumbangan. Aktiviti kutipan dana projek ini bertempat di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Pengumpulan dana tersebut berbentuk informal iaitu kedai ke kedai bagi projek SWA iaitu ``Solar Light Street’’ yang bakal dijalankan di Pulau Bidong. Selain itu, pasukan penajaan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dalam aktiviti pengumpulan/kutipan dana untuk projek ini dan aktiviti ini bermula pada 8am-12 pm (4jam). Tambahan pula, pasukan penajaan juga memfokuskan aktiviti kutipan dana tersebut di dalam mahupun di luar kawasan sekitar Pasar Payang, Kuala Terengganu dengan mempromosikan/publisiti projek ``Solar Light Street menggunakan kaedah temu bual dengan komuniti setempat terhadap projek yang bakal dijalankan. Hal ini kerana aktiviti/gerak kerja yang dijalankan tidak tertumpu terhadap masyarakat yang berkunjung di dalam pasar tersebut bahkan ``team sponsor’’ juga menumpukan di luar kawasan tersebut, misalnya kedai ke kedai di ``China Town’’ dan sebagainya. Kaedah pemerhatian dan temu bual iaitu mempromosikan tabung kutipan/sumbangan Projek ``Solar Light Street’’ merupakan teknik untuk mendapatkan kutipan dana tersebut. Melalui aktiviti ini, pelbagai pengalaman yang diperolehi iaitu melatih diri untuk berkomunikasi dengan masyarakat (latihan dewasa) dan kemahiran luar iaitu mempromosikan sesebuah projek yang dilaksanakan bahkan ianya memberi satu pengalaman bagaimana untuk memperolehi dana bagi sesebuah projek.