Kursus Pertolongan Cemas (Asas Bantu Mula)

Kursus Pertolongan Cemas (Asas Bantu Mula)

Penganjuran kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang ahli pengakap kelana daerah Sibuga, 6 orang ahli pengakap kanak-kanak dan 15 orang pengakap kelana B daerah kinabatangan sebagai penganjur. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas bantu mula di samping memenuhi syarat untuk melaksanakan ujian Lencana Perkhidmatan. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mohammad Fikri Bin Zanal Abidin, pegawai perubatan klinik swasta (Mabello). Selain teori, Dr. Mohammad Fikri juga membimbing para peserta untuk melaksanakan sesi praktikal terutamanya melakukan teknik CPR dan ikatan atau balutan pada luka. Majlis penutupan kursus telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan, iaitu Encik Shopian @ Sufian Bin Nasir dan dihadiri oleh Encik Mohd Hatta bin Maaruf selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Pentadbiran dan Kelana serta Pesuruhjaya Daerah Sibuga
Number of participants
30
Service hours
180
Location
Malaysia
SDGS

Share via

Share