Kursus Pemadam Api KLKM UKM

Saya secara peribadinya mengakui bahawa setiap teori dan amali yang dikongsikan kepada setiap ahli Kelana merupakan suatu persiapan yang penting dalam mendepani bencana kebakaran. Kemahiran ini bukan sahaja untuk dipelajari sekadar untuk memenuhi keperluan silibus KLKM, tetapi juga untuk mempersiapkan diri para Kelana untuk bertindak dengan betul dan selamat ketika mengawal kebakaran. lmu berkenaan perlulah dikongsi kepada setiap lapisan masyarakat khususnya buat mahasiswa dan mahasiswi di UKM.
Projek ini diadakan di Pusat Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah diadakan dengan kerjasama jurulatih Angkatan Pertahanan Awam.
Projek ini berjaya memupuk sifat keberanian dalam kalangan ahli Kelana agar bersedia dan bertindak cekap dalam menghadapi kebakaran. Keberanian dalam mengatasi ketakutan terhadap api kebakaran akan membawa kepada keberhasilan mengawal kebakaran dan seterusnya berpotensi untuk menyelamatkan nyawa sendiri dan juga orang lain jika kebakaran berlaku. Setiap ahli Kelana termasuk saya sendiri telah menyahut cabaran ini dan berjaya berhadapan dengan kebakaran dengan cekap dan selamat.
Kelana sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi cabaran dan kecemasan.
Number of participants
31
Service hours
186
Beneficiaries
31
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Nature and Biodiversity
Youth Programme
SDGS
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share