KURSUS MANIKAYU UNIT KELANA
Pada 14 hingga 17 Disember 2016 , Kursus Pengenalan danKepimpinan Manikayu Unit Kelana telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. Kursus ini adalah salah satu syarat kepada seorang pengakap untuk menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan. Penyertaan ini adalah terbuka kepada ahli pengakap Pasir Mas dan guru-guru pengakap serta pengakap kelana A dan Kelana B , Pasir Mas. Peserta keseluruhan bagi kursus ini adalah seramai 35 orang.
Kursus Pengenalan Dan Kepimpinan Manikayu Unit Kelana ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancangkan.
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan ahli pemimpin pengakap yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.