
Kursus Manikayu 3A PPM Negeri Melaka
Kursus Manikayu 3A Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka
Pada 12/4/2017, pihak Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka telah mengadakan Kursus Manikayu 3A selama 4 hari. Seramai 37 peserta telah menyertai daripada golongan penolong pemimpin dan pemimpin dari sekitar sekolah negeri Melaka dan juga dari Negeri Johor. Seramai 23 anggota telah menjalankan tugasan sebagai jurulatih, penolong jurulatih serta pembimbing. Kursus ini telah dijalankan di Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.
Selama 4 hari ini, peserta kursus telah mempelajari pelbagai ilmu baru untuk memastikan mereka dapat memimpin kumpulan mereka dengan cemerlang. Selain itu, para peserta juga diminta untuk membina gadjet di kawasan perkhemahan mereka. Para jurulatih juga berharap dengan memberi kursus-kursus seperti ini kepada para guru dan pemimpin kumpulan, ia dapat membangunkan dan mendidik pergerakan pengakap di Negeri Melaka. Mereka juga berharap dapat melatih dan melahirkan anak-anak pengakap yang cekap dari semua aspek.
Aktiviti yang telah diadakan selama 4 hari ini adalah seperti ceremah, kerja-kerja praktikal seperti membina gadjet dan juga mengadakan kerja masa lapang. Perkhemahan ini telah memberi banyak pengalaman kepada para peserta.