Kursus Manik Kayu Peringkat 3B
Kursus Manik Kayu Peringkat 3B telah dijalankan di Iboi Baling, Kedah. Hari ketiga dijalankan kursus. Pada pagi itu, Peserta kursus kembara balik semula ke tapak Perkhemahan Pengakap Iboi pada pukul 8 pagi. Sampai di Tapak Perkhemahan, kami makan tengah hari. Selepas itu, kami diarahkan untuk membentangkan tugasan semasa kembara yang telah dijalankan. Pada malam tersebut, aktiviti Malam Pengakap dijalankan. Sambil makan malam, setiap sekawan mempersembahkan lakonan mengikut tema yang telah diberikan. Selepas itu, sambung semula menyiapkan gajet yang belum siap sampai pukul 4 pagi.