
Kursus Manik Kayu (Peringkat 1), Negeri Pahang
Kursus Manikayu Peringkat 1 (Pengakap Muda), Negeri Pahang telah diadakan di PULAKO, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Seramai 22 orang peserta dan 6 orang jurulatih dan 3 orang pembimbing telah hadir ke kursus pada kali ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah, kem kraft, istiadat-istiadat pengakap, penerangan skim lencana, peranan pemimpin, kemahiran asas pengakap dan lain-lain. Kesemua peserta telah berjaya melaksanakan kursus ini dengan cemerlang.