Kursus Lencana Ahli Udara Kanan Pengakap Kelana Udara : Sesi di Darat
Malaysia

Kursus Lencana Ahli Udara Kanan Pengakap Kelana Udara : Sesi di Darat

Kursus Lencana Ahli Udara Kanan : Sesi di Darat telah berlangsung dengan jayanya pada 3 - 6 Ogos 2018 bertempat di University Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Kursus yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu telah dihadiri seramai 120 ahli Pengakap Kelana Udara dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti dan ilmu kemahiran telah dikongsi oleh para panel jemputan dari sektor penerbangan dan Tentera Udara Di Raja Malaysia sendiri.

Format kursus yang baharu telah diperkenalkan dan diterima baik oleh semua peserta yang hadir.

Kursus Lencana Ahli Udara Kanan Pengakap Kelana Udara ialah salah satu lencana wajib yang perlu dimiliki oleh seseorang ahli pengakap kelana udara sebelum ke Anugerah Penilaian Baden Powel Award (BPA). Berita baik bagi 40 peserta yang berjaya memperoleh markah tertinggi bakal dipilih bagi mengikuti kursus lanjutan iaitu Fasa di Laut yang diadakan di Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) , Lumut Perak.

Tahniah kepada peserta yang terpilih !!

Sedia berkhidmat !!!

Check on link to my Instagram Highlight to watch hows the event were going at @khairildeqwan now !! Follow and like !!

Started Ended
Number of participants
150
Service hours
3600
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share