
KURSUS KOORDINATOR MESSENGER OF PEACE PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI ZON UTARA
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau telah menghantar 2 orang wakil (En Zamri & En Saiidi) selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ke Kursus Koordinator Messenger of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia pada 27 hingga 29 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Penyertaan peserta dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis ,wakil dari negeri Johor dan Kelantan juga turut bersama menjadikan jumlah peserta adalah sebanyak 29 orang. Turut hadir semasa kursus tersebut adalah Ketua Koordinator MoP Kebangsaan Tuan Amir Hamzah Bin Aman. Majlis penutup dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang Tuan Hj. Zulkafli Bin Kamaruddin.
Terima kasih diucapkan kepada PPM Negeri Pulau Pinang dan semua barisan jurulatih dari ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Salam Pengakap.
#betterworld