KURSUS KETUA KREW KELANA (4K: KE ARAH BP AWARD) PPM NEGERI KLKM (IPTA/IPTS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

KURSUS KETUA KREW KELANA (4K: KE ARAH BP AWARD) PPM NEGERI KLKM (IPTA/IPTS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM adalah nadi kepada pergerakan Pengakap di Institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM. Sebagaimana PPM menganjurkan Kursus Ketua Enam Sekawan bagi murid sekolah rendah dan Kursus Ketua Patrol bagi murid sekolah menengah samada peringkat negeri atau peringkat kebangsaan, KLKM juga mengadakan aktiviti yang seumpamanya. Aktiviti tersebut adalah dikenali sebagai Kursus Ketua Krew Kelana (4K) bagi Pengakap Kelana yang berumur 18 tahun dan ke atas terutama Ahli Kelanasiswa atau Pelajar di Institusi Awam & Swasta. Program ini seumpama perintis kepimpinan kerana ia adalah produk program KLKM yang diadakan di Malaysia. Program ini sesuai dijadikan salah satu daripada aktiviti kepimpinan bagi Universiti dan IPT kerana ia merupakan aktiviti yang sesuai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh melibatkan penyertaan dari semua institusi awam & swasta yang lain di dalam mahupun luar negara. Peserta yang menyertai program ini akan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K).
Started Ended
Number of participants
120
Service hours
3840
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
SDGS

Share via

Share