Kursus Kepimpinan dan Pendidikan Kesihatan 2021
Kemahiran kepimpinan dan pengetahuan kesihatan adalah sangat penting dalam kalangan remaja terutamanya ahli pengakap supaya mereka dapat menggunakan kehidupan seharian dan dalam aktiviti-aktiviti pengakap yang bertujuan untuk memberi sumbangan dalam mencipta komuniti yang aman dan selamat. Projek ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan peserta dan meningkatkan pengetahuan kesihatan dalam diri mereka.
Projek ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi Google Meet disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang agak serius di Malaysia. Saya menjalankan aktiviti ini dengan menjemput ahli-ahli pengakap kelana dari Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka untuk bersama-sama menyertai projek ini. Saya juga menjemput penceramah untuk memberikan ceramah kepada para peserta.
25 orang peserta memperolehi kebaikan daripada projek ini. Projek ini telah membolehkan para peserta untuk memperolehi dan menerapkan pengetahuan-pengetahuan kesihatan dan keselamatan serta kemahiran kepimpinan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan juga aktiviti-aktiviti pengakap.
Saya mendapati bahawa pelbagai langkah keselamatan dan kesihatan perlu sentiasa diambil dalam kehidupan seharian terutamanya di rumah untuk mengelakkan kecederaan dan pelbagai penyakit. Saya akan selalu mengambil langkah keselematan yang dipelajari dan berkongsi pengetahuan tersebut kepada orang-orang di sekeliling saya. Saya juga mendapati bahawa aktiviti yang lebih interaktif perlu diadakan semasa projek sebegini supaya peserta dapat menerapkan maklumat yang disampaikan dengan lebih baik.