Kursus Asas Pertolongan Cemas
Laporan Program
Pada 3 Februari 2018 yang lalu Unit beruniform Persatuan Pengakap, SMK Seri Pinang telah menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas untuk ahli-ahli Pengakap Muda & Remaja SMKSP. Seramai 16 orang ahli Pengakap telah turut serta dalam kursus ini dan juga 20 orang ahli PBSM SMK Seri Pinang. Ahli-ahli pengakap telah menyertai kursus ini bagi bagi mendapatkan lencana wajib, Lencana Ahli Pertolongan Cemas manakala bagi ahli-ahli Pengakap Remaja pula mereka perlu hadir untuk melengkapkan Lencana Perkhidmatan. Kursus ini telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 0830 pagi sehingga jam 1230 tengahari. Kursus telah dijalankan di Dewan Terbuka SMKSP. Jurulatih kursus adalah guru-guru PBSM SMK Seri Pinang yang terlatih terdiri daripada Puan Rohidah binti Othman dan Puan Ain Najwa binti Amran. Antara kemahiran yang diajar adalah balutan anduh, balutan luka, membersih luka kecil, rawatan kecemasan seperti pengsan atau kejang otot dan cara mengusung pesakit menggunakan “stretcher”.
Impak Program
- ahli pengakap dapat mempraktikkan ilmu pertolongan cemas yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
- ahli pengakap dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam skim latihan pengakap muda
- pemimpin pengakap turut dapat menambah ilmu kepengakapan