Kursus Asas Pertolongan Cemas
Pada 8 April 2017 Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas di SMK Forest Heights. Saya selaku Bendahari di dalam Jawatankuasa pelaksana menyediakan belanjawan. Tujuan kursus ini dianjurkan untuk melatih anak muda ataupun belia bagaimana ataupun cara untuk memberi bantu mula jika berada dalam situasi kecemasan. Ilmu ini sangat berguna untuk sesorang untuk menjadi masyarakat yang perihatin dan mempunyai kemahiran bertindak pantas kerana mempunyai ilmu rawatan kecemasan.
Sepanjang kursus dijalankan peserta diajar oleh jurulatih dari Angkatan Pertahanan Awan, Negeri Sembilan. Peserta diajar bagaimana untuk mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan. Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya. Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. Selain itu, mengetahui jenis jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan di kepala, hidung, telinga, tangan dan bahagian abdomen.