Kursus Asas Pertolongan Cemas

Pada 28 Mac 2015, ahli kelanasiswa UniMAP telah diberi penerangan tentang pertolongan cemas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Perlis (JPAM) di bantu oleh beberapa orang ahli JPAM yang berpengalaman dalam pertolongan cemas. Kursus Asas ini telah diadakan di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP, Kampus Pauh Putra selaras dengan syarat untuk mendapatkan Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana. Kursus ini telah diadakan dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kursus ini melibatkan hampir 200 orang peserta dimana kesemua peserta dikehendaki untuk mendengar ceramah yang diberikan dan perlu mengadakan praktikal terhadap patung yang telah disediakan bagi syarat lulus kursus asas ini. Pertolongan cemas/Rawatan kecemasan Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital. Bantuan penafasan Dalam kebanyakan kes kecemasan, rawatan bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR) amat penting diberikan kepada mangsa.Ia bertujuan mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan dan mengekalkan aliran udara masuk dan keluar ke paru-paru.CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan minimum. Anda hanya perlu: * Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. * Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah. * Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan. Langkah mudah DRABC adalah lima langkah mudah untuk melakukan CPR. DRABC membawa maksud: D - Danger (bahaya); R - Response (tindak balas); A - Airway (saluran pernafasan); B - Breathing (pernafasan) dan C - Circulation (peredaran darah) D - Danger (bahaya) * Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian. * Alihkan benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa. * Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan. R - Response (tindak balas) * Periksa tindak balas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan `awak ok?' * Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat. * Jika tiada tindak balas, hubungi ambulans (999 atau 991). A - Airway (saluran pernafasan) * Lakukan teknik `angkat dagu dan dongak kepala'. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan, manakala dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi. * Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasannya. Alihkan lidah mangsa jika ia menghalang pernafasan. B - Breathing (pernafasan) * Dekatkan pipi anda dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit. * Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa selama lima hingga 10 saat. * Jika tiada pernafasan, picit hidung mangsa sehingga tertutup dan beri dua hembusan penuh ke dalam mulutnya selama dua saat setiap hembusan. C - Circulation (peredaran darah) * Jika tiada tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada mangsa, mulakan tekanan di dada pesakit. * Letakkan tangan anda di tengah dada/tulang sternum (ulu hati) mangsa. Tekan ke dalam (antara 1.52 inci atau kira-kira 5 sentimeter) sebanyak 15 kali pada kadar 80100 kali seminit dengan kiraan `dan satu', `dan dua', `dan tiga' sehingga `dan lima belas'. * Teruskan dengan dua hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.
Number of participants
350
Service hours
5
Topics
Youth Programme

Share via

Share