KURSUS ASAS MEMADAM KEBAKARAN
Laporan Program Asas Melawan Kebakaran
Pada 10 Mac 2018 iaitu pada hari Sabtu yang lalu, Unit beruniform Pengakap Kumpulan 56 SMK Seri Pinang, Kulai telah menganjurkan Kursus Asas Melawan Kebakaran untuk ahli-ahli Pengakap Muda & Remaja SMKSP. Seramai 22 orang ahli Pengakap dan 3 orang guru Pemimpin telah turut serta dalam program ini. Ahli-ahli pengakap telah menyertai program khidmat ini bagi bagi mendapatkan Lencana Ahli Pemadam Api manakala bagi ahli-ahli Pengakap Remaja pula mereka perlu hadir untuk melengkapkan Lencana Perkhidmatan. Program ini telah berlangsung selama 5 jam bermula dari jam 0800 pagi sehingga jam 0100 petang. Program ini telah dijalankan di Dewan Terbuka dan Dataran Perhimpunan SMK Seri Pinang, Kulai. Antara guru-guru pemimpin yang terlibat adalah En. Muhammad Nizam, Pn. Norinah & Pn. Rosilah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah pengenalan kepada alat-alat pemadam api, tatacara menggunakan alat pemadam api, tatacara membawa alat pemadam api, langkah kecemasan ketika kebakaran dan praktikal memadam kebakaran kecil. Kursus telah disampaikan oleh 3 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Kota Tinggi diketuai Kapten (PA) Mohd Sarulnizam Bin Khirudin. Antara impak program yang dapat dicapai daripada program ini adalah ahli pengakap dapat mempraktikkan ilmu melawan kebakaran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Ahli pengakap juga dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam skim latihan pengakap muda atau remaja
serta para pemimpin pengakap turut dapat menambah ilmu kepengakapan mereka. Oleh itu, diharapkan program yang baik seperti ini dapat dijalankan pada setiap tahun untuk ahli-ahli pengakap K56 SMK Seri Pinang.