krew Banzai Kinabatangan ke Rovermoot Selangor-2019
13-16 September 2019- Majlis Pengakap Kelana Negeri Selangor telah menganjurkan perkhemahan Rovermoot yang diadakan di Kuala Kubu Bharu, Negeri Selangor. Perkhemahan ini menghimpunkan 109 penyertaan daripada 11 buah negeri termasuk negeri Sabah yang telah menghantar peserta seramai 27 orang. Antara negeri yang terlibat ialah negeri Johor, Pahang, Perlis, Medan(Indonesia),Terengganu, Sarawak, Melaka, Perak, WPKL dan Selangor iaitu sebagai tuan rumah pada perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti yang telah yang diadakan antaranya ialah Flying Fox, Water Floating, Khidmat Masyarakat dan juga aktiviti subkem iaitu pertandingan pintu gerbang dan malam kebudayaan. Akhir sekali, program sebegini akan dapat mengeratkan silaturahim dan juga dapat menyemai sikap tolong menolong dalam diri setiap kelana. Program ini dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya negeri Selangor.