Korobori Pengakap Kanak-kanak

Korobori Pengakap Kanak-kanak

Korobori Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 ini telah diadakan selama lima hari bermula hari jumaat, 6 Julai hingga hari Selasa 10 Julai 2018. Korobori ini telah diadakan bertempat di scout in Resort, Kuala Terengganu. Aktiviti yang berlangsung selama lima hari ini telah disertai oleh peserta yang terdiri dari murid sekolah rendah di seluruh negeri di Malaysia dengan diiringi oleh guru pengiring masing-masing. Kejayaan program ini turut disertai oleh jurulatih-jurulatih hebat serta petugas yang mengerah keringat membantu bagi kejayaan program ini berjalan dengan lancar. Program korobori kanak-kanak ini sebenarnya adalah untuk memupuk semangat kepimpinan serta jati diri sebagai seorang pengakap di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan para peserta sepanjang program. Selain itu, program ini dapat mengeratkan ukhuwah antara semua peserta, jurulatih, petugas serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.
Started Ended
Number of participants
5500
Service hours
40
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share