Koordinator Messengers of Peace Berkampung di Kuala Lumpur
9-13 April telah berlangsung 4th Asia Pacific Region NSO's Messengers of Peace Meet 2018 kali keempat bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.
Program ini telah disertai oleh koordinator MoP dari negara-negara dalam rantau Asia Pasiifik seperti Malaysia, Bhutan, Nepal, Bangladesh, Timor Leste, Macau, Kemboja, Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina, India, Singapura, Hong Kong, Korea, Sri Lanka dan Maldives. Malaysia telah menghantar 4 orang koordinator. Seramai 16 urus setia dan 5 fasilitator terlibat dalam meet ini.
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mutakhir tentang MoP. Para peserta juga berpeluang berkongsi maklumat tentang kejayaan dan perancangan yang telah dijalankan untuk pembangunan MoP di rantau Asia Pasifik. Sesi lawatan ke ibupejabat WOSM dan ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia membuatkan para peserta rasa teruja. Mereka juga berpeluang berkunjung ke Twin Tower untuk melihat dengan lebih dekat mercu tanda Kuala Lumpur.
Meet ini merupakan meet yang mempunyai penyertaan negara yang paling banyak berbanding dengan meet yang sebelumnya. Meet ini telah disertai oleh 17 negara anggota. Meet ini juga telah menempa sejarah tersendiri apabila meet ini telah disaksikan oleh 6 orang Regional Director dari semua wilayah pengakap seperti Asia Pasifik, Eurasia, Arab, Afrika, InterAmerika dan Eropah. Meet ini telah dirasmikan oleh Secretary General WOSM, Ahmad Alhendani.
Kebanyakan penceramah datang dari Wilayah Asia Pacific dan ibu pejabat WOSM Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Cynthia Marquez, Mihilo, Mihila, S.Prassana, Benardo, Yasser, Madhu, dan lain-lain lagi.