Kontingen Sabah Di Rovermoot Selangor 2019
Pada 13 hingga 16 September 2019, Majlis Pengakap Kelana Negeri Selangor telah menganjurkan satu perkhemahan Rovermoot yang bertempat di Kuala Kubu Bharu Negeri Selangor. Perkhemahan ini telah berjaya menghimpunkan 109 penyertaan daripada 11 buah negeri termasuklah negeri Sabah yang telah menghantar penyertaan seramai 27 orang dan antara negeri yang terlibat ialah negeri Johor, Pahang, Perlis, Medan(Indonesia). Terengganu, Sarawak, Melaka, Perak, WPKL dan Selangor sebagai tuan rumah. Pelbagai aktiviti yang telah yang diadakan antaranya Flying Fox, Water Floating, Khidmat Masyarakat dan tidak lupa juga aktiviti subkem yang meliputi pertandingan pintu gerbang dan malam kebudayaan. Akhir sekali, program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim antara kelana dari berlainan negeri dan juga dapat memupuk amalan tolong menolong antara satu sama lain. Program ini dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya negeri Selangor.