KLKM UMT Menganjurkan Kursus Bantu Mula-Asas Pertolongan Cemas Dengan Kerjasama JPAM Negeri Terengganu
Malaysia

KLKM UMT Menganjurkan Kursus Bantu Mula-Asas Pertolongan Cemas Dengan Kerjasama JPAM Negeri Terengganu

Tanggal 7 Mei 2016, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Laut Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan Kursus Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu. Kursus ini telah dijalankan di Auditorium 1, Bangunan Kompleks Kuliah Berpusat di Universiti Malaysia Terengganu. Tambahan pula, kursus ini telah berjalan hampir setengah hari. Kursus ini telah disertai oleh 17 orang ahli KLKM UMT dan 5 orang dari Pasukan Pengakap Kelana ā€˜E’ Udara Kuala Terengganu. Bagi melancarkan program ini, pasukan latihan JPAM Terengganu telah menghantar dua orang jurulatih iaitu Leftenan Muda (PA) Cik Nurul Azaida dan Sarjan Mejar Cik Yuyu Hazira untuk mengajar kursus ini. Pihak KLKM UMT turut meminta bantuan daripada Pegawai Kadet Lanjutan (PKL) Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UMT untuk bertugas sebagai Pembantu Jurulatih iaitu sudara Azim Fahmi, Nur Fatin bt Fadzil, dan Nur Haziqah bt Abd Majid.
Number of participants
17
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share