Klinik Latihan Frisbee 2019
Saya seorang yang suka bersukan dan ada niat ingin mempromosikan sukan Frisbee kepadap para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis Pahang.
Projek ini diadakan di IPGKTAA, Pahang. Pendaftaran dibuka kepada peserta pada 7.30 pagi. Pada 8.00 pagi, klinik latihan Frisbee dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Jurulatih IpohBUG, Encik Michael telah memperkenalkan permainan Frisbee kepada para guru pelatih yang menyertai. Antara kemahiran-kemahiran yang diajar ialah back hand, fore hand, cara berlari di padang ketika bertanding (cutting), kemahiran menangkap (aras dada, aras tinggi, dan aras rendah).
Impak yang paling penting adalah menyemarakkan semangat bersukan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Selain itu, para guru pelatih juga menjadi lebih yakin dalam bermain sukan Frisbee kerana telah menguasai kemahiran asas bermain. Sorakan semangat pada akhir klinik latihan juga menanam semangat bersukan dalam kalangan guru pelatih untuk meneruskan sukan Frisbee di kampus kita.
Salah satu pembelajaran daripada projek ini ialah saya berpeluang untuk meningkatkan kemahiran kepemimpinan saya dalam penganjuran Klinik Latihan Frisbee. Selain itu, saya telah meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan dengan mengadakan projek kolaborasi ini bersama organisasi sukan IpohBUG. Ketiga, saya telah mengerti cara menganjurkan satu projek sukan. Misalnya, cara permohonan dan cara mendapatkan dana untuk makanan dan minuman.