Khidmat Masarakat Lencana Perkhidmatan: Membantu Sesi Penyemakan Buku Log
Pasukan Pengakap Sekolah Sultan Alam yang berjumlah 12 orang ahli telah membantu dalam sesi penarafan buku log pada 8 Mac hingga 10 Mac 2019.
Pada 8 Mac:
Awal pagi kami telah menyusun dan menediakan tempat penyimpanan buku log, ruang solat, meja, tempat duduk dan pantry untuk kegunaan para penaraf negeri Selangor di tempat pendaan buku log iaitu Dewan Putra Perdana, Putrajaya. Selepas itu, kami ditugaskan untuk menyemak serta membantu para pemimpin kumpulan yang datang untuk menghantarbuku log calon pengakap raja dari seluruh negeri Selangor. Kami juga bahagikan kotak buku log mengikut daerah masing- masing
Pada 9 - 10 Mac:
Kami telah membantu menyediakan kopi serta mengulurkan bantuan kepada para penaraf seperti mengangkat kotak buku log agar urusan mereka dipermudahkan. Waktu awal pagi 10 Mac, kami membantu pemimpin kumpulan untuk mengambil semula buku log yang telah ditanda oleh penaraf. Kami juga telah mengemas dewan seperti sediakala agar mempermudahkan orang yang akan guna selepas kami. Kami berasa bangga dapat membantu mereka agar urusan mereka dipermudahkan.