Khidmat Bakti Projek Keceriaan Di Ibu Pejabat PPMCS

Khidmat Bakti Projek Keceriaan Di Ibu Pejabat PPMCS

Bermula pada 29 Januari 2021 sehingga 10 Februari 2021, Pasukan Kelana Negeri Sarawak telah berkampung di Ibu Pejabat PPMCS Kuching dan telah melakukan khidmat bakti dalam menceriakan kawasan serta bangunan ibu pejabat yang mana merangkumi kerja-kerja seperti:

  • Melupuskan bahan buangan
  • Membersihkan kawasan persekitaran
  • Membaiki tempat simpanan kayak
  • Mengosongkan, membersih dan mengemas stor simpanan, bilik operasi pengakap, ruang pejabat, asrama serta kawasan persekitaran
  • Mengecat dinding bangunan, dinding, pintu serta tangga di kawasan ibu pejabat

Program ini adalah hasil idea dan kerjasama ahli kelana dari krew PETRA JAYA dan MATANG. Diharap dengan usaha dari Ahli Pengakap Kelana yang terlibat, pelbagai pihak dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan di PPMCS bagi kegunaan bersama demi pembangunan kepengakapan. Semoga semangat Ahli Pengakap Kelana yang komited dalam memberikan khidmat ini berterusan dan menjadi tauladan kepada yang lain.

 

Started Ended
Number of participants
11
Service hours
858
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
SDGS

Share via

Share