
Ketua dalam kalangan yang berkursus Manik Kayu Peringkat 3, Bahagian 1
Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat 3, Bahagian 1 yang melibatkan lebih kurang 100 peserta kursus daripada IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah dijalankan pada 27 Feb 2015 hingga 1 Mac 2015.
Dalam kursus kali ini, peserta daripada IPG Kampus Pendidikan Teknik adalah minoriti iaitu seramai 7 orang peserta kursus daripada IPG Teknik. Dengan bilangan yang sedikit ini saya telah dilantik sebagai ketua untuk peserta kursus dalam kumpulan saya.
Sebagai seorang ketua kumpulan, saya telah menjalankan tugas saya dalam permohonan pengangkutan dan peralatan. Inilah pengalaman pertama saya dalam menguruskan kumpulan untuk perkhemahan atau tujuan berkursus manik kayu. Terima kasih atas bimbingan pensyarah pengiring kami, En. Mohammad Bin Seman yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami dalam semua kerja persediaan sehingga kursus pada kali ini berjaya dijalankan.
Jumpa lagi di kursus bahagian 2 nanti.