Kerana Senyumanmu Lebih Bermakna.
Profile picture for user Nor Hasniza_1
Malaysia

Kerana Senyumanmu Lebih Bermakna.

Pada 6 hingga 10 Julai 2018, Korobori Kebangsaan 2018 telah berjalan dengan jayanya di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Korobori Kebangsaan ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira 7000 orang pengakap kanak-kanak dari seluruh negara. Korobori ini turut disertai kira-kira 400 orang petugas. Majlis perasmian Korobori Kebangsaan 2018 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 8 Julai 2018 dan telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan termasuklah pameran, lawatan, bermain flying fox, pelbagai permainan tradisional dan lain lain.
Started Ended
Number of participants
7000
Service hours
210000
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share