Kempori 57 Tahun PPM Hulu Selangor 2018

Kempori 57 Tahun PPM Hulu Selangor 2018

Pada 30 Mac hingga 2 April 2018 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Kempori sempena ulang tahun ke-57 penubuhan PPM Hulu Selangor. Kempori ini telah disertai oleh 357 orang peserta dari unit pengakap kanak-kanak hingga pengakap remaja. Lebih dari 30 sekolah sekitar daerah Huly Selangor telah menghantar peserta mereka untuk menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini. Kempori ini juga telah dikelola oleh Pasukan Pengakap Kelana C dan D Hulu Selangor dengan bantuan oleh Pasukan Pengakap Kelana Sepang. Seramai 57 orang ahli Pengakap Kelana telah berkhidmat sepanjang kempori ini berlangsung. Kempori ini juga turut menjemput Hulu Selangor Radio Amatuer Club (HUSAR) untuk turut menjayakan perkhemahan ini kempori ini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperri Indaba, King Scout Gathering, Rovers Gathering, Malam Kebudayaan dan aktiviti-aktiviti berasaskan Check point seperti Halangan Komando, Memanah, menjahit, phonetic code, memancing, dan lain-lain lagi. Kempori 57 tahun PPM Hulu Selangor ini telah dirasmikan oleh ADUN Batang Kali, Dato' Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Started Ended
Number of participants
357
Service hours
72
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
SDGS

Share via

Share