KEMPEN DERMA DARAH PENGAKAP LABUAN KUTIP 86 PAIN DARAH
Malaysia

KEMPEN DERMA DARAH PENGAKAP LABUAN KUTIP 86 PAIN DARAH

KEMPEN DERMA DARAH PENGAKAP LABUAN KUTIP 86 PAIN DARAH 4 Mac 2018, Ujana Kewangan, WP Labuan LABUAN: Sejumlah 86 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di ruang legar Ujana Kewangan pada 4 Mac yang lalu. Ahli pengakap daripada empat buah sekolah iaitu SMK Labuan, SM Sains Labuan, SM St Anne, dan SMK Mutiara telah bertugas sepanjang kempen ini. Selain daripada itu, pameran aktiviti kepengakapan juga dibuat disepanjang kempen untuk tatapan umum. Pegarah Kempen Derma Darah, Skip Chua Hup Bee berkata kempen kali ke -11 ini merupakan aktiviti tahunan bagi Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dalam usaha menambah tabung darah di WP Labuan dan juga merupakan sebahagian daripada khidmat masyarakat yang merupakan salah satu daripada elemen penting dalam skim latihan pengakap. “Ini merupakan usaha murni ahli pengakap bersama syarikat Financial Park Labuan Sdn. Bhd. Kepentingan menderma darah dapat menyelamatkan nyawa orang lain, maka sikap prihatin sebegini perlu diterap dalam diri generasi muda kerana mereka akan mewarisi negara,” katanya lagi Hadir sama dalam kempen tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Pengkap Negeri Dato’ Sri Mohd Alias Bin A. Rahman, Penaung BP Guild Labuan Datin Sri Dato’ Norsiah Binti Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr.Ismuni Bohari dimana mereka turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penderma. Kempen ini ditaja oleh Financial Park Labuan dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Pengkap Negeri Dato’ Sri Mohd Alias Bin A. Rahman berkata, usaha ini wajar dipuji dan dijadikan contoh bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menderma darah kepada mereka yang memerlukan. “Selain memenuhi tanggungjawab sosial, usaha ini dilihat mampu mendidik masyarakat tentang kepentingan menderma darah,” ujarnya.
Number of participants
100
Service hours
8
Topics
Youth Programme

Share via

Share