KEMBARA JELAJAH SABAH(1934KM)

KEMBARA JELAJAH SABAH(1934KM)

Pengembaraan Jelajah Sabah merupakan aktiviti yang dilaksanakan bagi memenuhi kriteria dalam Ujian Lencana Pengembaraan (Wajib) bagi pengakap Kelana. Pengembaraan ini mengambil jarak 1934KM dengan berkenderaan. Kenderaan yang digunakan ialah pacuan empat roda (single cab) yang memuatkan seramai 8 orang peserta. 8 orang peserta yang terdiri daripada Pasukan Pengakap Kelana ā€˜D’ Laut (Delta Rovers), Kinabatangan. Pengembaraan bermula pada 12 hingga 14 April 2019, iaitu mengambil tempoh masa selama 3 hari untuk menamatkan pengembaraan. Pengembaraan ini bermula di Daerah Kinabatangan menyusuri Daerah Lahad Datu dan melalui Daerah Kunak untuk ke Daerah Semporna. Di sana, pasukan kami mengadakan aktiviti mendaki bukit Tengkorak, Semporna bersama Pengakap Kelana Daerah tersebut. Setelah itu, pasukan kami bertolak ke Daerah Tawau untuk melaksanakan aktiviti riadah pada sebelah malam bersama Pengakap Kelana Daerah Tawau, kemudian melaksanakan aktiviti mencipta papan tanda untuk Kem Tiku. Pengembaraan diteruskan seawal 3.00 pagi bertolak ke Daerah Keningau melalui Kalabakan yang mengambil tempoh perjalanan kira-kira selama 7 jam. Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Daerah Beaufort untuk ke Rumah Baden Pawell di sana. Kami disambut meriah oleh Pengakap Kelana, Penolong Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Daerah. Sesi perbincangan dan fotografi dilakukan selepas itu. Perjalanan diteruskan ke Daerah Kota Kinabalu iaitu ke Rumah Baden Pawell (Ibu Pejabat PPMCS) bagi melaksanakan tugasan membersihkan kawasan di sana. Sesi perbincangan dan fotografi juga dilakukan sejurus pelaksanaan tugasan dilakukan. Perjalanan diteruskan lagi ke Daerah Kudat, mengambil tempoh masa perjalanan kira-kira 4 jam. Kami disambut oleh Pengakap Kelana Daerah Kudat untuk dibawa ke penginapan Rumah Baden Pawell daerah tersebut. Keesokan paginya, sesi lawatan ke Simpang Mengayau dilakukan oleh pasukan kami diiringi oleh Pengakap Kelana Daerah Kudat. Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila tiba di kawasan tersebut yang mempunyai pemandangan yang luar biasa. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi ke Daerah Sandakan melalui Daerah Kota Belud, Ranau dan Telupid. Tiba di Scout Nature Park (SNP) Sandakan, kami disambut oleh Pengakap Kelana Daerah berkenaan. Sesi perbincangan dan fotografi dilakukan. Perjalanan pulang ke Daerah Kinabatangan bermula pada 2.00 pagi dan tiba dengan selamat kira-kira pada 4.00 pagi. Aktiviti pengembaraan seumpama ini amatlah wajar dilaksanakan oleh ahli pengakap untuk menimba ilmu dan pengalaman yang cukup menarik. Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk melatih ahli dalam aspek pengurusan masa, kerjasama, bertolak ansur, kemahiran komunikasi dan banyak lagi. Ia juga sangat bermanfaat untuk meraparkan hubungan antara satu sama lain dan hubungan sesama ahli pengakap Daerah lain seluruh Sabah
Started Ended
Number of participants
8
Service hours
144
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share