KEMBARA BUMI LANGKAWI (KBL 5.0)
Program Kembara Bumi Langkawi 5.0 ini merupakan program ekspedisi berjalan kaki dan berkenderaan untuk kali kelima yang di anjurkan oleh KLKM UMT. Program ini di jalankan di Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam. Program ini disertai oleh pengakap dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Gerakan Pramuka Medan, Indonesia. Program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam.
HARI PERTAMA 1/7/2019
9.20 pagi
- Semua peserta tiba di Jeti Kuala Perlis dan mendengar taklimat daripada pengarah program dan ketua aktiviti.
10.24 pagi
- Peserta menaiki feri dan sampai ke destinasi kira-kira pukul 11.30 pagi termasuk sekali dengan angkat barang keluar daripada feri.
12.20 tengah hari - 3.00 petang
- kami berkumpul didataran helang dan peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 orang ahli. Saya merupakan kumpulan 4. setelah itu kami diagihkan sedikit bekalan yang digunakan untuk memasak untuk sepanjang hari tersebut. Selepas itu kami mula bergerak ke lokasi pertama iaitu Balai Polis Kuah, IPD Langkawi. Semasa dalam perjalanan kumpulan saya telah memilih laluan yang salah dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai di destinasi. Pada jam 3.00 petang kami tiba dilokasi tersebut dan mengambil cop daripada seorang pegawai polis sebagai kebenaran untuk kami menjalankan ekspedisi tersebut.
3.30 petang - 4.30 petang
- kami mula bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Galeria Perdana. Kami mengambil keputusan untuk tumpang orang kerana jaraknya agak jauh iaitu kira-kira 8.9 km dari balai polis. Kami menaiki kenderaan orang awam untuk ke sana. kira-kira pukul 3.46 petang kami tiba dilokasi tersebut. kami ditugaskan untuk catat dan bergambar dengan hadiah yang paling besar yang pernah diterima oleh Tun Mahathir, bergambar dalam keadaan paling kreatif bersama potret Tun Mahathir dan senaraikan 5 hadiah berasaskan seni islam.
4.30 petang - 4.54 petang
- mula bergerak ke Ayer Hangat dengan berjalan kaki dan sampai setengah jalan ada sepasang suami isteri tumpangkan kami dengan keretanya dan sampai kira-kira jam 4.54 petang. Rehat dan solat.
6.13 petang - 11.00 malam
- kami mula berjalan ke lokasi terakhir yang merupakan tempat untuk kami bermalam iaitu Pantai Pasir Hitam. Semasa dalam perjalanan kami ditugaskan untuk mengenalpasti pokok herba. Kami sampai kira-kira pukul 7.00 malam. selepas itu kami mendirikan khemah, memasak, makan dan persiapan diri. Pada jam 10.00 malam hingga 11.00 malam kami berkumpul kembali untuk taklimat berkaitan dengan program WSEP. Selepas itu semua peserta kembali ke khemah masing-masing dan tidur.
HARI KEDUA 2/7/2019 SELASA
- Pada hari kedua kami ditugaskan untuk melakukan khidmat komuniti dan kerja-kerja amal untuk kami mendapatkan makanan bagi mengisi perut dan seterusnya menuju ke lokasi yang telah ditetapkan.
7.30 PAGI - 10.00 PAGI
- Saya dan ahli kumpulan mula bergerak daripada tapak perkhemahan dan menuju ke sebuah kilang ais berdekatan untuk melakukan kerja-kerja amal. disebabkan tiada kerja yang boleh dilakukan dikilang tersebut, Pakcik Abbas yang merupakan tuan kepada kilang tersebut telah mengajak dan belanja kami makan nasik lemak di warung berdekatan. Sebagai balasan kami telah membersihkan sekitar kawasan rumah beliau. Selepas itu kami mula bergerak ke Kompleks Kraf Langkawi dan tiba didestinasi kira-kira pukul 9.30 pagi dan setiap kumpulan dikehendaki memasak.
11.00 PAGI - 5.00 PETANG
- Mula bergerak ke Cable Car. Pada mulanya berjalan kaki kemudian menaiki lori untuk separuh jalan kemudian ada seorang penduduk kampung menawarkan diri untuk menghantar kami. kami tiba di lokasi pada pukul 12.45 tengah hari dan merupakan kumpulan yang paling akhir. Kami makan dan solat. Kemudian pada pukul 2.35 saya menaiki Cable Car, Sky Red (mengembara ke dunia dinosour) dan akhir sekali masuk 3 Dimension untuk bergambar. Jam 5.00 petang semua peserta berkumpul.
6.00 PETANG - 10.00 MALAM
- Setiap kumpulan di tugaskan mencari alternatif untuk ke lokasi terakhir iaitu SMKA BAQIYATUSSOLIHAT untuk bermalam. 6.00 petang saya dan ahli kumpulan bertolak ke lokasi dengan menaiki van dan sampai kira-kira jam 6.45 petang. Jam 7.00 mendirikan khemah, memasak, makan, basuh peralatan dan persiapan diri. pukul 9.00 malam semua peserta berkumpul untuk taklimat bagi menggunakan alat pengukur udara. selepas itu semua kembali ke khemah dan tidur.
HARI KETIGA 3/1/2019 RABU
7.00 PAGI - 3.58 PETANG
- Berkumpul dan mula bergerak ke Pasar Beras Terbakar. Setiap kumpulan perlu menghantar 2 orang wakil untuk mencari bahan mentah di pasar tanpa menggunakan wang . Saya telah mewakili kumpulan saya. Semasa di pasar kami telah menolong peniaga mengasingkan udang. Tanpa di duga pakcik tersebut telah menghulurkan ikan dan udang yang agak banyak kepada kami. Selepas itu kami mula bergerak ke Masjid Bekas Terbakar untuk menyediakan juadah makan tengah hari. Kami di bergotong-royong bersama. Selepas juadah siap dihidangkan kami menjamu selera, solat dan membersihkan kawasan masjid tersebut.
3.58 PETANG - 4.26 PETANG
- Saya dan ahli kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang dilepaskan untuk bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Makam Mahsuri. Kami menaiki van untuk kesana. Setibanya di sana seoarang urus setia akan mengambil gambar sebagai tanda kami melepasi kawasan tersebut.
4.26 PETANG - 6.00 PETANG
- Bertolak ke lokasi seterusnya iaitu Lubuk Semilang dengan menaikai kenderaan orang awam, dan mendirikan khemah serta bersiap.
9.00 MALAM - 12.00 MALAM
- Berkumpul,berbincang berkaitan malam kebudayaan WSEP bertemakan 'Gempa Bumi' dan menikmati juadah yang telah disediakan. Kemudian tibalah pesembahan malam kebudayaan. Selepas semua selesai kami pun tidur.
HARI KEEMPAT 4/7/2019 KHAMIS
7.36 PAGI - 8.04 PAGI
- berkumpul, sarapan cuci tandas dan mula bergerak ke SK Kelibang untuk program WSEP dengan menaiki kereta.
8.48 PAGI
- Sampai di sk kelibang dan berkumpul di tapak projek .
9.14 PAGI - 1.00 PETANG
- mendengar ucapan dan pada pukul 1 kami dibenarkan untuk berehat
2.00 PETANG - 6.00 PETANG
- Semua peserta berkumpul kembali dan bersedia untuk memulakan projek tanaman organik. Pembahagian kumpulan dan kerja membolehkan semuanya disiapkan tepat pada waktunya . Setelah hampir 4 jam akhirnya tugas kami selesai dan siap kira-kira jam 6.00 Petang. Antara yang dilakukan ialah menaman pokok, mengerat buluh, ikatan tali, sediakan tapak semainya dan membuat sarang lebah.
8.00 MALAM - 12 MALAM
- Makan malam disediakan, selepas itu berkumpul untuk malam kebudayaan yang seterusnya. Malam kebudayaan itu juga turut dimeriahkan dengan kedatangan Pengakap Langkawi. Kumpulan saya telah membuat persembahan yang melibatkan semua peserta. Ada yang menyanyi dan berlakon. Selepas itu tidur saya untuk seketika kerana hendak bangun balik pada pukul 2.00 pagi untuk menjaga kawasan khemah.
HARI KELIMA 5/7/2019 JUMAAT
8.00 PAGI
- Semua peserta berkumpul dan sarapan serta acara penutup. selepas itu kami dibenarkan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan langkawi sebelum balik.