Kem Manik Kayu Peringkat 1

Kem Manik Kayu Peringkat 1

Pada 21 Julai hingga 23 Julai yang lalu, seramai 350 orang Penolong Pemimpin Pengakap telah mengikuti Kursus Manik Kayu Peringkat 1. Kursus ini telah diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Dalam kursus ini, pelbagai aktiviti telah diadakan dengan bantuan para jurulatih dan juga penglibatan dari 3 buah Institut Pendidikan Guru. Antara yang terlibat ialah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Tuanku Bainun, dan IPG Kampus Darul Aman. Sesungguhnya, kursus ini amat penting sebelum kami melangkah lebih jauh dalam menimba pengalaman sebagai seorang bakal Pemimpin Pengakap. Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan sempurna dan berjaya mencapai matlamatnya.
Started Ended
Number of participants
350
Service hours
24
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share