Kem Kemahiran Asas SJKC Foon Yew 1 (PKK KUMP 89)
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Kem Kemahiran Asas SJKC Foon Yew 1 (PKK KUMP 89)

Kem ini telah diadakan dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Peserta yang terlibat ialah seramai 20 orang PKK dan guru bertugas seramai 5 orang. Sepanjang perkhemahan ini, para peserta telah didedahkan tentang ilmu kepengakapan berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak. Program dimulakan dengan pendaftaran, agihan kumpulan dan mendirikan khemah, istiadat laung agung dan latihan asas kawad kaki. Kemudian, peserta diberi pendedahan tentang ilmu-ilmu kepengakapan yang dijalankan secara berpangkalan. Antara kandungan pembelajaran untuk kem ini termasuklah lambang pengakap, Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap, Sejarah Penubuhan Pengakap, Cerita Hutan, Hormat Pengakap, Rukun Negara, Lagu Pengakap dan pembelajaran teori untuk mendapatkan lencana Penunggang Basikal. Selain itu, semua peserta juga diberi peluang untuk menguasai kemahiran ikatan dan simpulan yang disampaikan secara amali. Untuk memenuhi syarat penanugerahan Lencana Penunggang Basikal, semua PKK dikehendaki menjalankan amali menunggang basikal untuk penilaian. Di samping itu, semua PKK juga berpeluang menyediakan minum petang, iaitu roti lilit dalam sekawan masing-masing. Program sehari ini telah dijalankan dengan lancar dan memberi pendedahan dan pengalaman yang cukup bermakna kepada 20 orang PKK sekolah.
Number of participants
20
Service hours
160
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share