Kelana Sabah beraksi di ROVERMOOT SELANGOR 2019
Seperti tajuk diatas, Kelana Sabah turun ke negeri Selangor Darul Ehsan untuk mengikuti perkhemahan Rovermoot Selangor 2019 pada tarikh 13 hingga 16 September 2019 yang bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perkhemahan ini berjaya menghimpunkan 109 penyertaan dari 11 buah negeri termasuklah Sabah yang menghantar seramai 27 orang ahli kelana dari pelbagai daerah. Antara negeri yang terlibat ialah Pahang, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka, WPKL, Medan(Indonesia) dan Selangor sebagai tuan rumah bagi perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan ini antaranya Flying Fox, Water Floating, Water Rafting, Khidmat Masyarakat dan tidak lupa juga aktiviti subkem yang meliputi pertandingan gerbang serta mapam kebudayaan. Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan dalam kepengakapan antara kelana dari pelbagai negeri dan daerah serta dapat memupuk semangat bantu membantu antara satu dengan yang lain. Perkhemahan ini dirasmikan sepenuhnya oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor iaitu Encik Haji Noor Hashim Bin Ismail.