Kelana Perlis Faceshield Project Fasa 1
Permulaan pandemik yang tidak pernah dijangka menyebabkan para petugas hadapan tidak mempunyai persiapan yang sepatutnya. Saya selaku ketua bagi Pengakap Kelana Perlis terasa terpanggil untuk menggerakkan para kelana untuk kehadapan dalam memberikan sokongan kepada petugas hadapan.
Di mulakan dengan pembentukan jawatankuasa, seterusnya kami lancarkan kutipan subangan sebagai dana untuk menjalankan gerak kerja. Keperluan PPE yang amat mendesak, kami putuskan untuk membuat faceshield dan kelengkapan PPE yang lain.
Para petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis memberikan maklum balas yang baik atas bantuan ini kerana dengan bantuan ini mereka berasa tidak berseorangan
Dengan pelancaran projek ini, kami dapat membina hubungan yang baik di antara Pengakap Negeri Perlis dengan pihak Hospital Tuanku Fauziah.