Profile picture for user HijauMuda_1
Malaysia

Kelana Perlis Faceshield Project

Projek memberikan kekuatan kepada saya untuk terus bangun di kala pandemik ini menyerang manusia dengan rakus sekali. Kekuatan melakukan khidmat secara berpasukan menunjukkan bahawa manusia mampu untuk melawan apa saja ancaman yang datang dengan tekad dan keazaman yang jitu. Moga dengan gabungan tenaga masyarakat dan para barisan hadapan, pandemik ini akan berakhir.
Sejak dimulakan pada 25 Januari 2021, projek ini berjaya menyiapkan sejumlah 2200 unit Face Shield hasil sumbangan dana daripada masyarakat tempatan yang berjumlah lebih RM2000. Majlis Pengakap Kelana Negeri Perlis akan cuba meneruskan projek ini selagi ada dana daripada mana-mana pihak.
Para barisan hadapan dapat menumpukan sepenuh usaha mereka dalam merawat pesakit Covid19 tanpa perlu memikirkan keperluan PPE untuk mengelak jangkitan ke atas diri mereka. Dengan bantuan ini, mereka merasa lebih bersemangat kerana ada yang bersama mereka melawan pandemik Covid 19.
Kebersamaan menjadikan sesuatu perkara yang difikirkan mustahil tu mudah dan dapat dipecahkan kesukarannya.
Started Ended
Number of participants
20
Service hours
720
Beneficiaries
228014
Location
Malaysia
Topics
Humanitarian action
Health lifestyles
Healthy Planet
SDGS

Share via

Share