Kejohanan Olahraga Tahunan di IPBA
Malaysia

Kejohanan Olahraga Tahunan di IPBA

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPBA telah dijalankan dalam tempoh masa 26 Feb hingga 15 Mac 2018. Sepanjang tempoh ini, acara-acara telah dipertandingkan telah mengambil masa sebanyak lapan hari, iaitu 26 dan 27 Feb, 3,5,6,7,13 dan 15 Mac. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara padang dan balapan. Sebagai pensyarah penasihat untuk jawatankuasa pengelola, saya berasa gembira dengan semangat kerjasama dalam kalangan jawatankuasa pengelola kerana berjaya menganjurkan KOT kali ini yang melibatkan hampir 600 orang warga IPBA. Tanhiah kepada jawatankuasa pengelola yang terdiri daripada guru pelatih yang mengambil kursus olahraga pada semester ini dan semua warga IPBA yang terlibat kerana telah berjaya menjalankan KOT peringkat IPBA pada tahun 2018 ini.
Started Ended
Number of participants
600
Service hours
38400
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share