
Karnival Hari Kantin SK Bukit Garam 2
Pasukan Pengakap Kelana B (Banzai Rovers) telah menyertai Karnival Hari Kantin di SK Bukit Garam 2 Kinabatangan. Banzai Rovers telah menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih, kek, sosej dan macam-macam lagi. Tujuan penyertaan ini adalah untuk mengumpul dana kegunaan Banzai Rovers dan juga untuk memperlihatkan kepada masyarakat yang pengakap tidak hanya fokus kepada perkhemahan tetapi pengakap juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti ini.