
Karnival Akademik IPG Kampus Dato' Razali Ismail
Karnival Akademik yang telah diadakan selama tiga hari bertempat di IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari ini antaranya ialah bicara tokoh dari tokoh guru negeri terengganu, ceramah dari wakil MQA, serta Talent Night. Karnival Akademik ini juga telah menjemput beberapa buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu ini untuk hadir bersama-sama memeriahkan karnival ini. Terdapat juga pelbagai gerai jualan sepanjang karnival ini yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta pakaian dan aksesori wanita.