Jota Joti Everywhere 2018

Jota Joti Everywhere 2018

Seperti yang telah sedia maklum, setiap tahun pengakap akan mengadakan World Jamboree in the Air/Internet. Pada 20-21 Oktober 2018 lalu, telah berlangsungnya World Jamboree in the Air/Internet yang di adakan di SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan bagi Peringkat Negeri Labuan yang diketuai oleh Encik Mohd Irfan Sim bin Abdullah, selaku Ketua Program dan  Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 300 orang peserta dari 15 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan telah menjayakan jamboree pada kali ini. Tambahan pula, penyertaan peserta pada tahun ini amat memuaskan berbanding pada tahun lepas. Ini bermakna, para peserta iaitu pengakap kanak-kanak serta pengakap remaja mahupun para pemimpin semakin ramai dan semakin berminat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (PPMWPL).

Terdapat 13 stesen aktiviti yang perlu di dikunjungi oleh para pserta untuk mendapatkan tandatangan para pemimpin di atas kad aktiviti yang telah di berikan sebelum program bermula.

Antara stesen aktiviti yang disediakan adalah Morse Code, Joti, Echo Link, Simplex Station A, Simplex Station B, Semaphone, Q-Code and Phonetic, Electronic Project, QSL Card, Mini RAE, My QTH, HF QSO, VHF 2M QSO dan MOP. Setiap stesen terdapat para pemimpin yang telah ditugaskan untuk memberi penerangan kepada para peserta mengenai stesen yang mereka wakili seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba sendiri aktiviti tersebut.

Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, para pemimpin akan menanda tangan di kad aktiviti setiap peserta menandakan mereka telah selesai melakukan aktiviti di setiap stesen.

Kegembiraan serta kesungguhan terpancar di wajah para peserta kerana mereka melakukan setiap aktiviti dengan penuh semangat. Selain itu, mereka berasa teruja dan bergilir-gilir untuk mencuba sendiri aktiviti yang dijalankan. 

Upacara penutupan telah dirasmikan oleh Dato’Seri Mohd Alias bin Rahman, Yang Dipertua Persatuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan serta Encik Hong Heng Chee selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Diharap semakin ramai pengakap terutamnya pengakap kanak-kanak akan mengikuti setiap aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang seterusnya meningkatkan lagi

 

 

Started Ended
Number of participants
300
Service hours
14
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share