Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu Daerah Kinabatangan 2019

Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu Daerah Kinabatangan 2019

Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu merupakan program yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana ‘B Udara (Banzai Rovers) Kinabatangan. Program ini dibantu oleh dua lagi pasukan pengakap kelana iaitu Arkana Rovers dan Delta Rovers sebagai petugas bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Jelajah keamanan dilaksankan juga melibatkan pemimpin-pemimpin serta pengakap kanak-kanak dalam daerah Kinabatangan. 

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk merealisasikan slogan “kelana sabah bersatu” di mana ahli-ahli pengakap kelana di daerah Kinabatangan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Program ini menjadi saluran yang terbaik bagi pengakap-pengakap kelana di daerah Kinabatangan untuk bekerjasama dalam tugasan, bertolak ansur dalam tindakan dan tolong-menolong antara satu sama lain. 

Program ini mengambil masa sehingga 6 hari untuk dilaksanakan iaitu bermula pada 22 hingga 27 September 2019. Di mana, tarikh ini dipilih bertujuan menyambut Bulan Keamnanan Sedunia yang dianjurkan pada bulan September tahun 2019. Tarikh ini dipilih untuk melaksanakan Jelajah Kemanan adalah untuk memudahkan pengakap kanak-kanak menyertainya pada hari dan masa persekolahan. 

Sebelum jelajah dimulakan, aktiviti persediaan dilaksanakan pada 22 september untuk membina spanduk program bagi kegunaan semasa jelajah  pada 23 hingga 27 September. Lokasi program ini melibatkan 5 lokasi yang berbeza iaitu di SK Jaya Baru, dilaksanakan pada 23 September. Manakala, pada 24 september lokasi program dilaksanakan di SK Bukit Garam 2 yang melibatkan 2 unit pengakap iaitu pengakap kanak-kanak dan pengakap khas. 26 September pula, Jelajah Keamanan dilaksanakan di SK Singgah Manis. Akhir sekali, pada 27 september, dua lokasi serentak iaitu SK Kuala Suan Lamba dan SK Kg. Suan Lamba. 

Seramai 174 orang secara keseluruhannya termasuk petugas pasukan pengakap kelana, pemimpin, pengakap kanak-kanak dan pengakap khas yang terlibat dalam jelajah ini. Pasukan pengakap kelana menyertai secara sukarela. Manakala, pengakap kanak-kanak dan pengakap khas dipilih oleh pemimpin kumpulan pengakap berkenaan. Namun, adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan semua ahli pengakap terlibat secara langsung dalam Jelajah Keamanan ini. 

Justeru, pelaksanaan aktiviti dalam Jelajah Keamanan ini adalah melaksanakan aktiviti kolaj keamanan, mewarna poster dan membuat kad ucapan keamanan. Bahan-bahan disediakan oleh pihak penganjur seperti kertas A4, warna, kertas A4 yang mempunyai lakaran hitam putih logo MoP, gunting dan gam. Pengakap kelana sebagai petugas membantu dan membimbing pengakap kanak-kanak serta pengakap khas untuk melaksanakan ketiga-ketiga aktiviti yang dijalankan. 

Secara keseluruhannya, Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu ini banyak memberikan saya pendedahan yang baharu mengenai konsep keamanan yang cukup meluas makna dan peranannya. Antaranya ialah jelajah keamanan membawa makna kepentingan kebersamaan dan berperanan untuk mengikat hubungan persaudaran antara satu sama lain.

Started Ended
Number of participants
174
Service hours
6264
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share